PENDAHULUAN:
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran yang memberi penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan amalan gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif, dan afektif.
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran yang memberi penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan amalan gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif, dan afektif.
Menerusi mata pelajaran ini juga murid akan menguasai pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang akan digunakan untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri ke arah kesejahteraan hidup serta jangka hayat yang panjang dan berkualiti melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan kepada peningkatan pembangunan kendiri dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, keselamatan, tanggungjawab kendiri, interaksi dan kerjasama. Murid menggunakan dan meningkatkan kemahiran penyelidikan, berfikir secara kritikal dan mengaplikasi pengetahuan saintifik, strategi, kemahiran motor, kemahiran kecekapan psikososial dan nilai dalam situasi sebenar kehidupan harian.
MATLAMAT:
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bertujuan untuk menghasilkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran, dan mempunyai nilai serta sikap positif bagi mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan serta mengamalkan hidup aktif ke arah kesejahteraan hidup.
OBJEKTIF UMUM:
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bertujuan untuk membolehkan murid
mencapai objektif berikut:
1. Menguasai
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk mengekalkan serta meningkatkan
perkembangan fizikal, kecergasan, dan kesihatan diri;
2. Melakukan
aktiviti dalam suasana yang menyeronokkan untuk meningkatkan kecergasan dan
kesihatan diri;
3. Menguasai
kecekapan pergerakan dalam pergerakan asas, permainan, sukan, tarian, dan aktiviti
fizikal serta mengaplikasikan konsep pergerakan dan strategi semasa melakukan
aktiviti bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri;
4. Memahami
faktor-faktor penyumbang yang mendorong kepada kehidupan aktif dan sihat
sepanjang hayat; dan
5. Meningkatkan
kemahiran komunikasi, menjalin hubungan positif, dan menggunakan pemikiran
kreatif dan kritis menerusi aktiviti fizikal dan kesihatan bagi membentuk jati
diri.
Sumber Rujukan:
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Tahun 1. 2016. Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
No comments:
Post a Comment